Komuniti Pembelajaran & Inovasi Digital

Selamat Datang ke Aura Khalifah

Tempat belajar, berkongsi dan berkembang bersama. Daripada pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah kepada latihan profesional, kolaborasi dan dunia digital — Aura Khalifah menghimpunkan komuniti yang percaya bahawa pembelajaran tidak pernah berhenti.


Kisah Kami

Bermula Dengan Sebuah Impian

Aura Khalifah bermula pada tahun 2008 sebagai sebuah pusat jagaan berdaftar dengan JKM dan taska di Kajang dan Bangi yang memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak. Dengan semangat yang tulus, kami membina persekitaran pembelajaran yang selamat, menyeronokkan dan bermakna.

Hari ini, kami berkembang menjadi sebuah akademi pembelajaran, pusat latihan dan digital hub yang menghimpunkan pendidik, jurulatih, usahawan, ibu bapa dan komuniti untuk terus belajar serta berkembang bersama.

Apa Yang Anda Cari Hari Ini?

4 Ruang Untuk Anda Berkembang

Daripada program kanak-kanak hingga lah ke latihan digital profesional — kami ada sesuatu untuk setiap peringkat perjalanan anda.

🧒 Kids Program

Pendidikan Awal, Parenting, Holiday Camp, Terapi dan Aktiviti Kanak-kanak

🎓 Akademi

Canva, AI, Website, Digital Marketing, Coaching, Workshop dan Seminar

💻 Digital Hub

Code, ebook, audio & animasi, Automasi

🤝 Buku cerita kanak-kanak

Terapis, Motivator, Trainer, Penceramah, Guru dan ramai lagi

Program Akan Datang

Program & Bengkel Kami

Terokai program-program berinteraktif yang direka khas untuk semua. Daftar awal untuk menjamin tempat anda!

Bengkel Canva Basic untuk Suribisnes

Tarikh: 15 Julai 2026

Lokasi: Arked Mara, Kajang

Investasi: RM79 / peserta

Bengkel Canva buat Ebook

Tarikh: 16 Ogos 2026

Lokasi: Arked Mara, Kajang

Investasi: RM79 / peserta


Kursus 'Mengapa Anak Tantrum?'

Tarikh: 26 September 2026

Lokasi: PPAS, Bangi

Investasi: RM179 / peserta

Bengkel Canva Basic untuk Kanak-kanak

Tarikh: 6 Disember 2026 (2jam)

Lokasi: PPAS Bangi

Investasi: RM39 / peserta

Bengkel digital kreatif kanak-kanak

Tarikh: 6 Disember 2026 (2jam)

Lokasi: PPAS Bangi

Investasi: RM59 / peserta

TEMPAHAN PERSONAL COACHING

Bersemuka / on9 coaching

Investasi: Serendah RM59 / peserta

Hab Digital

Solusi Digital Untuk Anda

Daripada membina laman web profesional hinggalah menghasilkan kandungan AI — semua yang anda perlukan untuk berkembang di era digital ada di sini.

Laman web profesional yang mencerminkan identiti jenama anda

Kandungan pintar dijana dengan kecerdasan buatan

Canva Design

Rekaan visual menarik untuk media sosial dan pemasaran

Latihan

Kursus dan latihan untuk usahawan digital yang baru bermula

Produk digital yang menjana pendapatan pasif

Automation

Sistem automatik untuk menjimatkan masa dan tenaga

PROGRAM KANAK-KANAK

Program Untuk Khalifah Muda

Daripada program indoor dan outdoor, kepada program islamik dan meliputi program digital, seni dan hands on serta mengasah bakat dan tambah kemahiran. Semuanya di Aura Khalifah.

Bengkel Canva

Dengan kelajuan teknologi, bengkel dibuat secara berkala.

Kem Islamik

Kem hafazan, kem solat, kem imam muda, pengisian masjid, semua mencipta anak muda cenderung menjadi muslim yang lebih baik

Weekend
Playgroup

Aktiviti mingguan mengikut usia anak.

ASHoP

Aura School Holiday Program bermula dari 2008 hingga kini - acara tahunan.

Kolaborator Kami

Berkongsi Servis

Aura Khalifah sentiasa membuka ruang kepada terapis, motivator, tenaga pengajar, organisasi dan pakar industri untuk bersama-sama membina komuniti yang lebih berilmu melalui seminar, bengkel dan latihan.

Kami juga menyediakan pelbagai jenis servis mengikut kepakaran dari kolaborasi banyak agensi.

KENALI SHUHAIDA CHE MUSA — CIKGU SUE

Founder Aura Khalifah | Digitalpreneur | Trainer | Business Consultant

Berlatarbelakangkan pengajian Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Shuhaida Che Musa atau Cikgu Sue mempunyai dua minat yang dekat di hati: dunia kanak-kanak dan teknologi.

Perjalanan Aura Khalifah bermula sejak 2008 sebagai pusat jagaan kanak-kanak dan taska di Bangi dan Kajang. Daripada pengalaman mengurus perniagaan serta memahami keperluan anak-anak dan keluarga, beliau terus mengembangkan usaha dalam pendidikan, latihan dan pembangunan komuniti.

Beliau banyak berkolaborasi dengan pengusaha taska dan tadika, terapis serta rakan pendidikan untuk menganjurkan program kanak-kanak, keibubapaan dan perkongsian ilmu.

Minat dalam keusahawanan turut membawa beliau mengembangkan perniagaan agensi pelancongan, sambil aktif sebagai digitalpreneur, pencipta buku kanak-kanak serta pengguna dan tenaga pengajar AI.

Melalui kelas Canva dan latihan digital, Cikgu Sue membantu khususnya suri rumah dan pendidik mempelajari kemahiran praktikal untuk menghasilkan bahan pembelajaran, kandungan kreatif dan produk digital sendiri.

Beliau turut membimbing mereka yang ingin menjana pendapatan melalui produk digital seperti ebook, worksheet, template dan buku cerita kanak-kanak—daripada mengenal pasti idea dan menghasilkan produk, hingga menyusun cara pemasaran dan jualan. Fokusnya ialah membantu peserta menukar pengetahuan, pengalaman dan kreativiti kepada produk yang bernilai serta berpotensi menjana income.

Beliau juga giat menjalankan personal coaching untuk individu, profesional daripada sektor awam dan swasta, serta pengusaha bisnes yang ingin meningkatkan kemahiran digital, menghasilkan kandungan dan pembentangan yang lebih menarik, serta memanfaatkan AI dalam kerja dan perniagaan. Setiap sesi disesuaikan dengan keperluan, tahap kemahiran dan matlamat peserta.

Dengan hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan, beliau turut berperanan sebagai business consultant, berkongsi panduan berasaskan pengalaman sebenar mengurus dan mengembangkan perniagaan.

Daripada mengusahakan program anak-anak, kini turut membimbing orang dewasa untuk belajar, berkarya dan membina peluang pendapatan melalui teknologi.

Jejak Aura Alumni

Setiap Gambar Ada Ceritanya.

Aura Khalifah telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ramai kanak-kanak dan keluarga sejak tahun 2008. Setiap gambar menyimpan kenangan, pembelajaran dan kisah yang tidak ternilai.

1

2008

Penubuhan Pusat Jagaan di Prima Saujana, Kajang

2

2012

Penubuhan Taska di Bandar Baru Bangi

3

2016

Akademi Profesional Bermula

4

2020

Transformasi Digital

5

2024

Hab Digital Penuh

6

2026

Masa Hadapan , kini dan harapan

Testimoni

Apa Kata Mereka?

Kisah kejayaan dan pengalaman sebenar daripada komuniti Aura Khalifah.

Puan Sarah, Ibu & Usahawan

"Program parenting di Aura Khalifah mengubah cara saya berkomunikasi dengan anak. Sangat praktikal dan menyentuh hati!"

Cikgu Shahran, Guru Sekolah

"Workshop AI membuka mata saya tentang bagaimana teknologi boleh memudahkan tugas pengajaran. Sangat berbaloi!"

Encik Razak, Usahawan Digital

"Servis website dari Hab Digital mereka sangat profesional. Bisnes saya berkembang selepas laman web baru dilancarkan."

400+

Peserta Terlatih

18

Tahun Pengalaman

200+

Program Dijalankan

98%

Kepuasan Pelanggan

Belajar. Berkongsi. Berkembang Bersama.

Tak kira anda seorang ibu bapa, guru, trainer, usahawan ataupun organisasi — kami mengalu-alukan anda menjadi sebahagian daripada komuniti Aura Khalifah yang semakin berkembang.


Akademi Aura Khalifah

AURA KHALIFAH LEGACY
Komuniti Pembelajaran & Inovasi Digital

📍 Suite 1-2, Jalan Cempaka 4/1, Desa Cempaka 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

📞 +60 13-848 5532

✉️ aurakhalifah.edu@gmail.com

Pautan Pantas

  • Tentang Kami
  • Akademi
  • Hab Digital
  • Program Kanak-kanak
  • Kolaborator
  • Alumni
  • Hubungi Kami

Ikuti Kami

WhatsApp · Facebook · Instagram · TikTok

Komuniti Telegram

Dapatkan freebies, program dan tawaran eksklusif terus ke telegram channel anda.

© 2026 Aura Khalifah. Hak Cipta Terpelihara.